Memacu Inovasi Sejak 1986

Ikuti Kami

Mesin Rempeyek Semi-Automatik

Mesin Rempeyek Semi Automatik

Mesin Rempeyek Semi-Automatik ini direka khas untuk memudahkan pengeluaran rempeyek dalam kuantiti yang banyak dengan lebih cepat dan konsisten.

Custom dari hanya

RM15,000.00*

Jenis pemprosesan

Pemanasan dan Memasak

*Harga yang tertera adalah anggaran sahaja. Harga sebenar bergantung kepada spesifikasi dan penyesuaian (customization) pelanggan.

Bahan

Keluli Tahan Karat

Bahan

Kapasiti

6-12 keping rempeyek/minit

Kapasiti

Automasi

Separa automatik

Jenis Automasi

Hubungi kami untuk tempah mesin custom anda hari ini.

Teruskan scroll untuk mengetahui maklumat lanjut tentang mesin ini.

Mesin Rempeyek Semi-Automatik ini direka khas untuk memudahkan pengeluaran rempeyek dalam kuantiti yang banyak dengan lebih cepat dan konsisten. Diperbuat daripada keluli tahan karat berkualiti tinggi, mesin ini tahan lasak dan mudah dibersihkan, sesuai untuk kegunaan komersial. Dengan sistem semi-automatik, proses penuangan tepung dilakukan secara manual ke dalam tangki, manakala sistem mekanikal automatik menggunakan silinder pneumatik dan kompresor untuk membentuk dan meletakkan rempeyek ke dalam kuali penggorengan.

Mesin ini dilengkapi dengan 1 set acuan kiri dan kanan, setiap set mengandungi 6 acuan saiz besar (standard). Kapasiti pengeluaran adalah antara 6-12 keping rempeyek per minit, bergantung kepada bancuhan tepung dan kemahiran operator. Proses memasak rempeyek dalam minyak panas masih memerlukan masa untuk memastikan rempeyek masak sekata.

Ciri-ciri Utama:

Bahan Keluli Tahan Karat: Tahan lama, mudah dibersihkan, dan sesuai untuk kegunaan makanan.
Acuan Standard: 1 set acuan kiri dan kanan, 6 acuan saiz besar (standard) setiap set.
Kapasiti Pengeluaran Tinggi: 6-12 keping rempeyek per minit (bergantung pada bancuhan dan operator).
Sistem Semi-Automatik: Penuangan tepung manual, sistem mekanikal automatik menggunakan silinder pneumatik dan kompresor.
Tangki Tepung dengan Auto Slider: Memudahkan pengisian tepung.
Tangki Kacang: Untuk penaburan kacang secara manual.
Set Dapur/Gas: Termasuk dalam pembelian.

Spesifikasi Produk:
  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Acuan: 1 Set kiri dan kanan (6 acuan saiz besar/standard setiap set)
  • Kapasiti: 6-12 keping/minit (bergantung pada bancuhan dan operator)
  • Konsep: Semi-Automatik (Penuangan tepung manual, sistem mekanikal automatik)
  • Sistem Mekanikal: Silinder pneumatik dengan kompresor
  • Lain-lain:
    • 1 unit tangki tepung dengan auto slider
    • 1 unit tangki kacang (untuk tabur manual)
    • 1 Set dapur/gas
N/A. Sila hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut.