Memacu Inovasi Sejak 1986

Ikuti Kami

servis kami

Final Year Project FYP Zull Design Logo

Final Year Project (FYP)

Memperkasa Inovasi & Kebolehpasaran Graduan Melalui Kolaborasi Projek Akhir

Tahun Ditubuhkan
0
Pelajar/Alumni
0
Projek Inovasi FYP
0

Aspirasi fyp

Memperkasa Aplikasi Pengetahuan Teori

Melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan bimbingan teknikal untuk menukar konsep teori kepada prototaip FYP yang berfungsi.

Meningkatkan Kualiti & Inovasi Projek

Membimbing projek tahun akhir yang inovatif dengan akses industri dan bimbingan pakar.

Pengurusan Projek & Sumber

Membantu pelajar menguruskan pembangunan FYP secara efisien dengan kepakaran dan sumber Zull Design Autotronic.

Pembangunan Kemahiran Relevan Industri

Membekalkan pelajar pengalaman praktikal dalam teknologi terkini untuk memperkukuh portfolio dan kebolehpasaran graduan.

Menambah Nilai kepada Pengalaman Pembelajaran

Menyokong pensyarah dan universiti dengan kepakaran industri serta menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif untuk pelajar.

Memupuk Semangat Keusahawanan & Inovasi

Menggalakkan pemikiran inovatif dan eksplorasi pengkomersialan FYP untuk menyokong ekosistem keusahawanan negara.

Siapa Perlu Sertai?

Kami komited untuk memperkasa pembangunan projek tahun akhir dan inovasi. Servis kami amat sesuai untuk:

Pelajar Universiti/Kolej

Pelajar tahun akhir Universiti/Kolej dari pelbagai bidang termasuk:

  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Kejuruteraan Mekatronik & Robotik
  • Kejuruteraaan Mekanikal
  • Rekabentuk Industri
  • Bidang lain yang relevan.

Pensyarah / Penyelia Projek

Pensyarah yang ingin menghantar pelajar mereka untuk mendapatkan bimbingan teknikal hands-on dan akses kepada kemudahan industri yang mungkin tidak tersedia di kampus.

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) & Organisasi

Universiti, kolej, atau syarikat yang mencari kolaborasi strategik untuk meningkatkan kualiti FYP pelajar, kebolehpasaran graduan, atau untuk pembangunan prototaip/projek R&D.

Penawaran kami

BENGKEL FYP

Ini adalah pakej end-to-end di mana pelajar secara aktif terlibat dalam proses pembinaan FYP mereka di bengkel Zull Design, dengan bimbingan dan akses penuh kepada kemudahan. Ideal untuk pelajar yang memerlukan sokongan menyeluruh dan ingin mendapatkan pengalaman hands-on.

Pakej Termasuk:

Sesi Konsultasi Idea & Skop Projek

Menyediakan sesi perbincangan awal untuk memperhalusi konsep, penentuan skop projek, serta memberikan nasihat teknikal dan potensi projek.

Bimbingan Reka Bentuk & Lukisan Kejuruteraan (CAD)

Bantuan lukisan teknikal 2D/3D untuk komponen mekanikal dan reka bentuk PCB, dengan output lukisan CAD atau gerber files.

Akses Bengkel & Peralatan

Akses berjadual ke bengkel Zull Design Autotronic, mesin-mesin utama seperti Laser Cutting, 3D Printer, Peralatan Kimpalan, dan Basic Hand Tools.

Bimbingan Fabrikasi & Pemasangan

Bimbingan hands-on sepanjang proses pembuatan komponen mekanikal, pemasangan sistem elektronik, pendawaian, dan penyambungan, pemilihan bahan & komponen.

Pembangunan Perisian / Pengaturcaraan Asas

Pengaturcaraan mikrokontroler seperti Arduino, ESP32, atau Raspberry Pi, serta basic scripting dan asas integrasi software dengan hardware.

Ujian & Penyelarasan (Testing & Troubleshooting)

Pengujian fungsi prototaip dan bantuan mengenal pasti serta menyelesaikan masalah teknikal sepanjang pembangunan projek.

Kemasan Produk Akhir

Proses kemasan akhir seperti sanding, painting, dan assembly, memastikan hasil produk FYP kelihatan profesional dan kemas.

Sokongan Sepanjang Projek

Sokongan berterusan melalui akses kepada mentor/pakar kami untuk pertanyaan pantas melalui WhatsApp/Telegram serta jadual pertemuan berkala.

Harga bermula dari:

*RM1,800.00

Harga bermula dari:

*RM2,800.00

Harga bermula dari:

*RM3,500.00

*Diskaun Kumpulan: Tawaran diskaun jika pelajar mendaftar secara berkumpulan!

Berminat untuk Realisasikan Idea FYP Anda Bersama Kami?

KONSULTASI FYP

Ini adalah pakej bimbingan dan nasihat pakar. Pelajar boleh mendapatkan pandangan, semakan reka bentuk, dan arahan jelas untuk menyelesaikan masalah teknikal atau mengesahkan konsep, sama ada secara bersemuka atau dalam talian. Pembinaan fizikal utama dilakukan oleh pelajar sendiri.

Pakej Termasuk:

Sesi Konsultasi Pakar (Fokus)

Perbincangan mendalam mengenai POC dan kelayakan teknikal projek, termasuk semakan reka bentuk, pemilihan komponen, serta bimbingan diagnostik dan penyelesaian masalah sistem elektronik dan perisian.

Bantuan Sistem (Kejuruteraan & Perisian)

Nasihat seni bina sistem, strategi pengaturcaraan, dan integrasi perkakasan-perisian. (*Bimbingan, bukan reka bentuk atau penulisan kod.)

Mod Konsultasi Fleksibel

Pilih sesi bersemuka di bengkel Zull Design Autotronic atau dalam talian melalui Zoom/Google Meet, dengan komunikasi tambahan melalui emel/WhatsApp.

Laporan Ringkas / Ringkasan Konsultasi

Selepas setiap sesi, kami akan menyediakan ringkasan poin-poin utama, cadangan, dan langkah seterusnya yang penting untuk rujukan dan tindakan anda (bergantung pada pakej harga yang dipilih).

Maklumat harga pakej:

Harga bermula dari:

*RM250.00

Harga bermula dari:

*RM600.00

Harga bermula dari:

*RM1,200.00

*Diskaun Kumpulan: Tawaran diskaun jika pelajar mendaftar secara berkumpulan!

Berminat untuk Realisasikan Idea FYP Anda Bersama Kami?

Proses Pembangunan FYP Berstruktur

Kami menggariskan langkah-langkah yang sistematik untuk memastikan Projek Tahun Akhir anda direalisasikan dengan efisien dan berkualiti, dengan sokongan penuh dari pasukan pakar kami.

Konsultasi dan Perbincangan Skop Projek

Mengenal Pasti Bahan Projek & Sebut Harga

Proses Fabrikasi Metal, Wiring & Pengaturcaraan

Kemasan Akhir & Pengujian

Produk Akhir

Jaringan Pelajar Kami

Berikut adalah sebahagian daripada institusi pengajian tinggi di mana pelajar telah mendapatkan bantuan dan bimbingan daripada Zull Design Autotronic.

Realisasi Inovasi:
Galeri Video Projek FYP Kami

Saksikan sendiri bagaimana idea-idea cemerlang pelajar bertukar menjadi prototaip berfungsi dan berdaya maju dengan bimbingan serta kemudahan Zull Design Autotronic.

Ikuti kami di Sosial Media:

Berminat untuk Realisasikan Idea FYP Anda Bersama Kami?